Sistem Rel Ringan (Singapura)

Sistem Rel Ringan
سيستم ريل ريڠن
Umum
Nama asal
  • Light Rail Transit (Bahasa Inggeris)
  • 轻轨列车系统 (Bahasa Cina)
  • இலகு கடவு ரயில் (Bahasa Tamil)
PemilikPenguasa Pengangkutan Darat
Kawasan perkhidmatan
Lokasi Singapura
Jenis transit
Transit laluan pandu automatik
Jumlah laluan/aliran
3
Jumlah stesen
43 (1 tidak beroperasi)
Bil. penumpang harian
180,000[1]
Operasi
Mula beroperasi
06 November 1999 (1999-11-06)[2]
Pengendali
Teknikal
Panjang sistem
28.8 kilometer (17.9 bt)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem Rel Ringan atau lebih dikenali dengan singkatannya LRT, merupakan satu siri sistem transit laluan pandu automatik di Republik Singapura, yang bertindak sebagai perkhidmatan penghantar ke Sistem Pengangkutan Gerak Cepat (MRT). Laluan LRT pertama telah dibuka pada 1999[2][3] dan kini ia telah berkembang kepada tiga aliran; setiap satu daripadanya memberi khidmat di estet–estet perumahan di Bukit Panjang, Sengkang dan Punggol. Setiap laluan ini mempunyai sekurang–kurangnya satu stesen pertukaran dengan MRT.

Rangkaian Sistem Rel Ringan ini mempunyai 42 buah stesen dengan panjang alirannya adalah 28.8 kilometer (17.9 batu). Laluan–laluan kereta api tersebut dibangunkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), suatu badan berkanun di bawah Pemerintah Singapura. Konsesi pengendalian sistem LRT diberikan kepada syarikat berasaskan keuntungan iaitu SMRT Corporation (melalui SMRT Light Rail) dan SBS Transit, di mana para pengendali ini juga mengelolakan perkhidmatan bas dan teksi; ini menjamin terdapatnya penyepaduan penuh dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Kesemua laluan LRT menggunakan stok kereta api bertayar getah yang tidak mempunyai pemandu dan automatik sepenuhnya, dan ia serupa dari segi saiz dan skop dengan transit rakyat di mana ia boleh didapati di lapangan terbang di seluruh dunia. Secara keseluruhan, sistem LRT di Singapura bergerak di atas jejambat bagi menjimatkan penggunaan ruang tanah dan stesen–stesennya adalah sama ada jenis bertingkat (atas jejambat) atau searas tanah.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A1
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A2
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama A3

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search